Pengaruh Media Massa dan Masalah Kebejatan Sosial


Image result for logo polisas



PROGRAM          : DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK E-FOLIO : PENGARUH MEDIA MASSA DAN MASALAH KEBEJATAN SOSIAL
NAMA
NO. MATRIK
Ismail Amri bin Mohd Amin
02DEE16F2019
Muhammad Nur Solehin bin Shamsul
02DEE16F2001
Muhammad Zarif bin Amran Shah
02DEE16F2033
Muhammad Faris bin Ilkham
02DEE16F2011
Mohamad Faizan bin Mohamad Fauzi
02DEE16F2042

PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai cabaran komunikasi dan penyiaran dalam Islam yang menjuruskan kepada konsep hubungan sesama manusia, konsep persaudaraan, konsep kejiranan dan konsep masyarakat majmuk dalam Islam. ii. Selain itu, bab ini memberi pendedahan mengenai cabaran komunikasi dan penyiaran Islam mendedahkan mengenai batas-batas pergaulan dalam masyarakat pelbagai bangsa, integrasi budaya dalam perayaan dan keprihatinan sosial yang melibatkan aspek agama, kesantunan bahasa dan adat resam.

MEDIA MASSA
Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan komunikasi. Kemajuam bidang informasi membawa kita memasuki abad revolusi komunikasi. Bahkan ada yang menyebutnya sebagai ‘ledakan komunikasi’. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini disebabkan kerana adanya perbezaan di antara pola pemikiran, perbezaan sifat yang memberi impak kepada sikap, hubungan sosial setiap hari dan perbezaan budaya. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif maupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat terhimpit diantara dua pilihan. Di satu pihak masyarakat menerima kehadiran teknologi, di pihak lain pula kehadiran teknologi moden jesteru menimbulkan masalah-masalah yang bersifat struktural yang menambah di semua aspek kehidupan masyarakat. Salah satu diantaranya yang cukup membuat masyarakat kagum adalah perkembangan teknologi informasi.

KEPENTINGAN MEDIA MASSA
ü  Kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya
ü  mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melelui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan moden dan terkini
ü  meningkatkan jumlah cendiakawan di negara ini
ü  memupuk sikap gemar membaca di kalangan masyarakat

PERANAN MEDIA MASSA
*      Media massa sebagai pemberi maklumat
*      Media massa untuk berdakwah
*      Penerapan Nilai Murni

PENGARUH MEDIA MASSA
Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini disebabkan kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada pengambilan sikap, hubungan sosial seharian dan perbezaan budaya. Manakala era globalisasi pula memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat tersepit diantara dua pilihan.  Di satu pihak masyarakat menerima kehadiran teknologi, di pihak yang lain kehadiran teknologi moden jesteru menimbulkan masalah-masalah yang bersifat struktural yang menambahkan di semua aspek kehidupan masyarakat. Dewasa ini kemajuan teknologi informasi yang menuju kearah globalisasi komunikasi dirasakan cenderung berpengaruh langsung terhadap tingkat peradaban masyarakat dan bangsa.  Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan informasi menyebar dengan mudah pada masyarakat. Informasi dalam bentuk apapun dapat di sebar luaskan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi corak pandangan, gaya hidup, serta budaya suatu bangsa. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh media massa terhadap kehidupan sosial masyarakat kini yang harus mendepani arus globalisasi.

MASALAH KEBEJATAN SOSIAL
Kebejatan sosial merupakan masalah serius yang berlaku dalam masyarakat khususnya golongan remaja. Semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah ini. Golongan remaja merupakan aset penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan.

JENIS-JENIS KEBEJATAN SOSIAL
·         Ponteng sekolah
·         Merempit
·         Merokok
·         Vandalisme
·         Gengterisme
·         Ketagihan arak
·         Jenayah ragut
·         Hubungan songsang
·         Penyalahgunaan dadah
·         Pergaulan bebas
·         Pembuangan bayi
·         Buli
·         Melepak

KESIMPULAN
Media amat berpengaruh dalam masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah untuk melestarikan kehidupan masyarakat. Media massa pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan komunikasi semata-mata. Kemudian media massa turut menjadi sumber hiburan dan kini media terus bergerak mengalami transformasi bukan sekadar sebagai peantara menyebarkan maklumat dan hiburan, tetapi juga sumber pelbagai aktiviti lain termasuk baik dan buruk. Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Jesteru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada semua golongan masyarakat. Ini kerana masyarakat kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.

Comments